Wednesday, February 21, 2007

desaria.blogspot.com

Mulai hari ini semua matlumat akan
di postkan ke blog

http://desaria.blogspot.com

Harap maklum.

Thursday, February 15, 2007

KAUNTER PERSATUAN PENDUDUK & KEBAJIKAN DESARIA

Persatuan Penduduk & Kebajikan Desaria akan membuka
"Kaunter Pendaftaran Ahli Baru & Kutipan Yuran Bulanan
pada, tempat dan masa seperti berikut:

Tarikh : 19 Februari 2007 - 25 Februari 2007
Masa : 9.00 malam - 10.00 malam
(selepas solat Isya)
Tempat : Bangunan Tambahan Surau Desaria


Kaunter sementara ini diwujudkan untuk mempermudahkan Ahli Persatuan melunas yuran bulanan mereka. Disamping itu, kaunter ini akan juga menerima pendaftaran ahli baru.

Ahli yang belum menerima penyata tunggakan yuran bulanan atau ingin membuat semakan boleh juga berbuat demikian di kaunter tersebut.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila hubungi:

Bendahari : Encik Nasaruddin - 019 - 274 8195

Pen. Bendahari : Encik Shuzaimi - 016 - 485 5738

Kerjasama tuan-tuan dan puan-puan amat dihargai serta didahului dengan ucapan terima kasih

D e s a r i a D e s a K i t a

Tuesday, February 13, 2007

MENYAHUT UNDANGAN MAJLIS

Dalam HARAKAH keluaran 16 - 28 Februari 2007 / 28 Muharam - 10 Safar 1428 Bil.1329, saya tertarik dengan satu rencana di muka surat 37 - Ruang Agama. Rencana ini menghurai secara rengkas adab atau bagaimana kita menyahut jemputan sesuatu majlis.
Di bawah ini saya cedok setiap patah perkataan di dalam rencana tersebut untuk renungan dan manfaat kita bersama.

Islam adalah agama yang menitik-beratkan pengembangan institusi kemasyarakatan dalam pelbagai skop dan pendekatannya.

Bagi memperkasa matlamat tersebut, Rasullah s.a.w bersabda: "Hak muslim ke atas muslim yang lain lima perkara. Menjawab salam, menziarahi orang sakit, mengurus jenazah, menyahut undangan dan menjawab ketika bersin." (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah.)

Para ulama telah membahagikan undangan majlis kepada dua bahagian.

*Pertama : Jemputan atau undangan majlis perkahwinan (walimatul urus). Para ulama bersepakat bahawa wajib menghadirinya apabila seseorang itu dijemput selagi tidak ada perkara yang menghalang pemergiannya. Sehubungan itu baginda Rasullah s.a.w. menegaskan: "Sesiapa yang tidak pergi menyahut undangan, maka dia telah menentang Allah dan Rasul-Nya." (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah).

*Kedua : Jemputan ke majlis yang bukan walimatul urus. Para ulama berpendapat bahawa menyahutnya adalah sesuatu yang digalakkan kecuali pendapat beberapa orang ulama mazhab Imam Syafie yang menegaskan bahawa ia tetap menjadi wajib.

Syarat wajib hadir menjadi haram atau boleh tidak hadir jika terdapat perkara-perkara berikut:

- Jika terdapat dalam walimatul urus minuman keras, kumpulan muzik yang melalaikan, percampuran para jemputan antara lelaki dan perempuan secara bebas serta kemungkaran yang lain yang boleh dianggap bercanggah dengan hukum Islam.

- Tuan rumah yang menjemput memang jelas dan dikenali masyarakat setempat sebagai kaki judi, bapa ayam atau sering menganjurkan program maksiat seperti karaoke dan sebagainya.

- Jika yang menjemput itu bukan Islam

- Tidak membezakan jemputan dari kalangan orang kaya di satu tempat dan yang miskin di tempat yang lain.

- Makan yang disediakan adalah haram untuk dimakan atau dimunum.

- Jika jemputan itu bersifat umum, seperti meletakkan sekeping kad jemputan di maslid, surau atau pejabat atas nama seluruh rakan-rakan, ia bukan bersifat khusus dengan tertera nama orang yang dijemput secara jelas.

- Iaitu majlis yang tidak dimulai dengan al-Quran atau disudahi dengan doa.

- Majlis yang tidak mengajak orang ramai meningati Allah atau selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

- Majlis kenduri arwah dari harta peninggalan pusaka yang terdapat anak-anak yang masih kecil (anak yatim
).


sumber: Fikrah Harakah 16-28 Feb 2007 Bil 1329

Desaria Desa Kita

TINGKATAN UMUR MANUSIA

IBNU AL-JAUZI telah membahagikan umur manusia kepada lima (5) masa:

1 - MASA KANAK-KANAK
Dari sejak dilahirkan hingga mencapai umur 15 tahun

2 - MASA MUDA
Dari umur 15 tahun hingga umur 35 tahun

3 - MASA DEWASA
Dari umur 35 tahun hingga umur 50 tahun

4 - MASA TUA
Dari umur 50 tahun hingga umur 70 tahun

5 - MASA USIA LANJUT
Dari umur 70 tahun hingga akhir umur yang ditentukan oleh Allah SWT.

Sila tanda katogeri tuan / puan

Desaria Desa Kita

WANITA DESARIA - PERMUAFAKATAN BERMULA

Satu perjumpaan antara wakil-wakil Wanita Desaria akan diadakan pada
Hari Ahad, 25 Februari 2007
bertempat di Bangunan Tambahan Surau Desaria.

Perjumpaan ini bermula jam 3.00 petang. Mesyuarat ini adalah lanjutan dari Majlis Perjumpaan & Ramah Mesra Wanita Desaria yang telah disempurnakan pada 28 Januari 2007 yang lalu.

Permuafakatan ini akan membincangkan agenda atau program yang hendak direalisasikan di Desaria. Semua wakil Wanita yang telah dilantik mengikut zon jalan akan hadir. Perbincangan ini akan diketuai oleh Puan Nurul Niza bt Alin sebagai Ketua Perwakilan Wanita Persatuan Penduduk & Kebajikan Desaria.
Semoga perjumpaan ini mendapat berkat dan kejayaan yang diharapkan. InsyaAllah.


Pengorbanan para suami dalam mengizin dan menggalakkan isteri mereka menghadiri serta menjayakan perbincangan ini amat dihargai.

Warga Desaria yang berhasrat untuk memberi atau mengemukakan sebarang pandangan atau cadangan boleh berhubung dengan Puan Nurul Niza, Setiausaha Persatuan Penduduk & Kebajikan Desaria, Sdr Khairulzam Ibrahim, Ketua Biro Penerangan, Sdr Fadzley atau boleh mencatitkan usul tuan2 dan puan melalui blog ini.

Selamat Bersidang.
Desaria Desa Kita

Thursday, February 8, 2007

STATUS HALAL PRODUK - MELALUI SMS

Apabila merasa sangsi /was-was terhadap sesuatu produk,sama ada HALAL ATAU TIDAK, kita boleh mendapat kesahihannya melalui khidmat pesanan rengkas (sms).

LANGKAH 1:
Taip HALAL jarakkan dan diikuti dengan nombor kod bar (13 angka)yang terdapat di produk

LANGKAH 2:
Hantar ke 32728 (DAPAT)

LANGKAH 3:
Terima sms daripada DAPAT menerangkan sama ada produk tersebut HALAL atau TIDAK

CONTOH:
LANGKAH 1.
HALAL 9556404002153

LANGKAH 2
Hantar mesej ke 32728 (DAPAT)

LANGKAH 3
Terima mesej daripada DAPAT:

JAKIM K/BAR 9556404002153
STATUS :SIJIL SAH
TKH LUPUT:14/03/2008
Prd:MIRINDA ORANGE P 1.5
Syt:PERMANIS SDN BHD (050)

RM0.65sen akan dikenakan sebagai caj perkhidmatan.

Penerangan / maklumat di atas diterima dan adalah ehsan daripada Warga Desaria Sdr Azmi di Jalan Desaria 12. Terima kasih

Tuesday, February 6, 2007

Wakil Wanita Desaria

Majlis Perjumpaan & Ramah Mesra Wanita Desaria anjuran Persatuan Penduduk & Kebajikan Desaria telah disempurnakan pada 18 Januari 2007. Perjumpaan jam 5.00 petang bertempat di Bangunan Tambahan Surau Desaria telah dihadiri oleh 38 orang wanita dan 4 orang AJK Persatuan. Saudara Fadli telah diamanahkan sebagai moderator untuk menjayakan majlis tersebut. Berikut adalah nama-nama wakil wanita yang dilantik mewakili jalan-jalan di Taman Desaria:

1.Puan Narul Niza bt Alin @ Nordin - Ketua Perwakilan Wanita & Wakil Jalan Desaria 11
2.Puan Rosmawati bt Ubaidillah - Wakil Jalan Desaria 1 & 2
3.Puan Miskiah bt Ahmah - Wakil Jalan Desaria 3, 4 & 5
4.Puan suzana bt Omar - Wakil Jalan Desaria 6 & 7
5.Puan Ruzita bt Bebakar - Wakil Jalan Desaria 8
6.Puan Sarimah bt Mohamad - Wakil Jalan Desaria 9
7.Puan Izatulsalwana bt Sapari - Wakil Jalan Desaria 10
8.Puan Azizah bt Mahmod - Wakil Jalan Desaria 12 & 13
9.Puan Noraini bt Baba - Wakil Jalan Desaria 15
10.Puan Nora - Wakil Jalan Desaria 16
11.Puan Habibah Rahmat - Wakil Jalan Desaria 18
12.Puan Ilah Izhar - Wakil Jalan Desaria 19
13.Puan Zaila bt Kamaruddin - Wakil Jalan Desaria 20
14.Puan Norlela bt Mohamed Said - Wakil Jlan Desaria 21
15.Puan Nor Aini bt Derani - Wakil Jalan Desaria 23 & 24
16.Puan Nor Hayati bt Ahmad Ross - Wakil Jalan Desaria 25