Tuesday, January 30, 2007

AKTIVITI RONDA MALAM DESARIA

Aktiviti "Ronda Malam Desaria" mula dilaksanakan pada 31 Julai 2004 dengan dipelupori lebih kurang 54 warga Desaria dengan kadar kekerapan meronda sekali dalam tempoh masa 8 hari. Setiap pasukan terdiri dari 6 orang dan pada awal program ini terdapat dua shift meronda. Shift pertama meronda bermula dari jam 1.00 hingga 3.00 pagi dan shift kedua meronda dari jam 3.00 hingga 5.00 pagi. Pprogram ini mendapat sambutan dari kalangan Warga Desaria dan akhirnya terdapat 20 kumpulan meronda. Setiap kumpulan terdiri antara 5 hingga 7 anggota. Waktu ronda dipinda. Setiap malam cuma satu kumpulan akan meronda dari jam 2.00 hingga jam 4.00 pagi.

Walau bagaimanapun, aktiviti sukarela ini yang telah diusahakan selama 30 bulan terpaksa dihentikan mulai 01 Febtuari 2007.

Keputusan ini terpaksa diambil kerana akhir ini anggota kumpulan untuk turun meronda semakin berkurangan dan ada kalanya tiada kumpulan yang turun meronda.

Ketua Biro Keselamatan Persatuan Penduduk & Kebajikan Desaria, Yg. Bersusaha Encik Saamri Raflis, telah menghantar siaran berbentuk bancian kepada semua ketua kumpulan ronda untuk mendapat maklum balas sama ada aktiviti ronda ingin diteruskan atau tidak selepas tarikh 31 Januari 2007.

Melalui e-mel yang di hantar kepada saya, cuma 20 % menjawab kepada beliau untuk meneruskan aktiviti kemasyarakatan ini. Yang lain membisu dan dikira tidak berminat lagi untuk meneruskan aktiviti meronda.

Sehubungan itu, Saudara Saamri telah mengesyorkan kepada AJK Persatuan (melalui e-mel) agar aktiviti ini ditamatkan mulai 01 Februari.2007. Dengan menerima reaksi sedingin begini saya merumus dan mengambil keputusan menamatkan aktiviti meronda Taman Desaria mulai tarikh yang telah dicadangkan oleh Ketua Biro Keselamatan.

Justeru, saya bagi pihak Ahli Jawatankuasa serta ahli ahli Persatuan Penduduk & Kebajikan Desaria merakamkan jutaan terima kasih kepada semua ahli ronda Taman Desaria yang telah sudi secara ikhlas meronda Desaria selam 30 bulan yang lalu. Jasa tuan tuan tidak dapat kami balas hanya Allah SWT sahaja yang berupaya membalas jasa dan pengorbanan tuan serta ahli keluarga tuan tuan.

Jasa tuan-tuan sekelian jika ditaksirkan dalam bentuk Ringgit Malaysia bernilai sekurang-kurangnya RM225,000.00 (Ringgit: Dua Ratus Dua Puluh Lima Ribu Sahaja).
[ RM30.00 sebulan x 250 buah rumah x 30 bulan = RM225,000.00 ]

Jumlah ini saya dapat berdasarkan dari satu bancian yang dibuat pada awal tahun 2003 jika kita menggunakan perkhimatan pengawal keselamatan swasta untuk meronda Taman Desaria. Mungkin kadarnya kini naik antara 30% - 50% lagi.

Sama-sama kita berdoa agar taman kita berada dalam keadaan harmoni dan selamat sentiasa dan di jauhi dari sebarang musibah. Saya juga akan memaklumkan kepada pihak Polis Nilai akan penamatan aktiviti ronda ini dan memohon agar pihak polis dapat membuat rondaan lebih kerap ke Taman Desaria.

Monday, January 8, 2007

KULIAH MAGHRIB SURAU DESARIA

KULIAH TASAUF
Kuliah Tasauf kendalian Ust Sukki Othman dari UPM bagi sesi tahun 2007 akan bermula pada hari Jumaat, 12 Januari 2007. Kuliah akan bermula selepas solat Maghrib.
Kuliah Tasauf akan diadakan setiap Jumaat kedua dan ke empat setiap bulan
Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir.

KULIAH TASAWWUR ISLAM
Kuliah Tasawwur Islam kendalian Ustaz Haji Ali akan disempurnakan pada hari Sabtu, 13 Januari 2007.
Kuliah Maghrib ini akan di adakan setiap Sabtu kedua dan ke empat setiap bulan. Kuliah bermula selepas Maghrib.

Di mana Surau Desaria ni beb???
Surau Desaria terletak di persimpangan Jalan Desaria 6 dengan Jalan Desaria 7. Lokasi Taman Desaria ialah bersebelahan dengan kawasan Pasar Borong Nilai 3, Nilai, Negeri Sembilan

BUKA MINDA

KENAPA ????
Pokok getah ditebang tidak dicabut untuk ditanam semula !!!

Mesyuarat AJK Persatuan Penduduk & Kebajikan Desaria

Mesyuarat AJK Persatuan akan dilaksanakan pada 12 Januari 2007, Jumaat jam 9.30 malam.
Ahli Persatuan digalakan untuk memberi cadangan atau sebarang komen untuk dibincangkan oleh AJK. Teguran dan pandangan ahli khasnya amat di tagih demi kemajuan taman kita.
Ayau tuan/puan boleh mengutarakan masalah tuan/puan melalui AJK seperti berikut:
Yang DiPertua Zainal Abidin Jln 15 013 352 0068
Naib Tang DiPertua Mohd Salihin Jln 4 012 303 7771
Setiausaha Khaurul Jln 9 019 254 9858
Bendahari Nasa Jln 11 019 274 8195
Ketua Biro
Kemasyarakatan Rahmat Mohammad Jln 9 013 349 9125
Keselamatan Saamri Jln 9 012 227 1387
Sukan Razlan Jln 3 013 370 5456
Penerangan Fadli Jln 19 019 307 8672
Ahli Jawatankuasa Suzaimi Jln 11 016 485 5738
Rahmat Yacob Jln 12 012 289 6938
Rahmat Abu Bakar Jln 18 019 274 1454
Kol (B) Chia Jln 16 016 345 9704

Thursday, January 4, 2007

Kebakaran di Surau Desaria

Saya diberitahu oleh Bendahari Surau Desaria bahawa telah berlaku kebakaran di surau taman kita. Kebakaran ini telah merosakkan sistem pendawaian dan suis utama letrik dan sebahagian permaidani di surau kita.

Kos untuk membaikinya dianggarkan sebanyak RM2,000.00 (Ringgit: Dua Ribu Sahaja)

Sesiapa yang sudi atau berhajat untuk menderma atau membiayai keseluruhan kos tersebut boleh menghubungi Sdr Salihin (Bendahari) di talian 012 - 303 7771 atau Imam Fadli (Pengerusi Surau) di talian 019 - 307 8672

kes Anianya

Awal pagi tadi lebih kurang jam 4.00 pagi sepasukan pegawai pencegah maksiat telah menyerbu sebuah rumah berkeluarga di Desaria hasil matlumat orang ramai. Mereka datang siap dengan waran untuk mengeledah. Semasa kejadian suami tiada di rumah. Penghuni rumah ini terdiri daripada suami isteri, 3-4 orang anak mereka serta seorang adik kepada isteri - seorang lelaki. Atas sifat tanpa usul periksa ada seseorang telah telah menalipon Jabatan Agama Islam Seremban dengan memberi lokasi yang sebenar. Pegawai pencegah maksiat telah datang dengan sebuah van putih dan mengetuk rumah terbabit pada jam 4.00 pagi. Selepas dipereksa didapati bahawa penghuni rumah tersebut merupakan ahli keluarga mereka sendiri.

Ini kes anianya!!! Lain kali sebelum menalipon periksa dahulu latar belakang penghuni rumah tersebut. Atau sekurang kurangnya memberitahu kepada AJK Surau Desaria atau AJK Persatuan Penduduk untuk tindakan lanjut.Kalau tidak pun hubungi kepada ahli ronda taman yang meronda dari jam 2.00 hingga 4.00 pagi.

Dikuatiri di masa akan datang apabila betul betul kes khalwat ujud dan diberitahu kepada Jabatan Agama Islam ; mereka enggan datang takut matlumat palsu!!!

Akhir kata kalau kita berdendam dengan seseorang itu jangan sampai mengambil tindakan sebegini. Ini Fitnah namanya

Perusahaan Makanan Ringan

Saya menerima satu cadangan daripada seorang warga Desaria yang mencadangkan taman kita menghasilkan satu perusahaan makanan ringan seperti tempeyek dan tumpi. Beliau yakin melalui projek ini akan dapat menambah pendapatan kepada mereka yang berminat. Beliau akan mendapatkan suri rumah yang sanggup menyertai projek ini.Pada hemat saya ini satu cadangan yang bagus. Apa komen tuan/puan?

Wednesday, January 3, 2007

Blog Desaria

Blog Desaria belum siap lagi. Maaf!!! Akan disiapkan seberapa segera yang mampu. Setakat ini terdapat 43 e-mail warga Desaria yang mengirimkan alamat e-mail mereka untuk melayari blog Desaria. Hanya mereka yang memberi alamat e-mail mereka sahaja yang dapat akses ke blog ini.

Buat sementara waktu tuan/puan boleh akses ke blog Desaria melalui pondokterengganu11.blogspot.com Hanya tuan/puan sahaja yang boleh akses kepada blog ini. Tuan/puan boleh memberi komen, pandangan atau apa sahaja catatan membina demi kebaikan Taman Desaria.

Fasa 2, saya akan berbincang dengan AJK Persatuan Penduduk dan AJK Surau Desaria untuk menentukan beberapa orang wakil mereka sebagai "authors" yang dapat menulis pandangan mereka melalui blog ini. InsyaAllah.

Jika ada apa2 yg perlu dibincangkan tuan/puan boleh menggunakan blog ini untuk kita warga Desaria sama berkonsi pendapat dan cadangan. Tiada saringan.

Salam dari saya... pok su jenal